1) Menyucikan Harta dan Rohani
- Mendidik jiwa penyayang dalam sanubari insan
- Mensyukuri atas nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T
Firman Allah S.W.T dalam surah AT-Taubah 103
maksudnya :
Ambillah ( sebahagian ) dari harta mereka menjadi sedekah ( zakat ) supaya dengannya engkau membersihkan mereka ( dari dosa ) dan mensucikan mereka ( dari akhlak yang buruk ) dan doakanlah untuk mereka kerana sesungguhnya doamu itu ketenteraman bagi mereka. Dan ( ingatlah ) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui .
2) Eratkan jurang perbezaan
- Jalin hubungan di antara orang kaya dan yang miskin. Wujudlah sifat kasih sayang dan suasana yang harmoni tanpa masalah.
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh mengerjakan sembahyang dan mengeluarkan zakat, mereka beroleh pahala di sisi tuhan mereka, tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berduka cita. " - Maksud surah Al-Baqarah: 227