Kongsikan Dengan Orang Lain

Sabda Nabi s.a.w

Sabda Nabi s.a.w:


Maksudnya:


"Ya, Apabila engkau menunaikannya (zakat) kepada wakilku (amil),engkau telah terlepas daripada tanggungan zakat. Engkau mendapat pahalanya, dan dosanya pula atas yang menyeleweng"


(Riwayat Ahmad)

Friday, 7 October 2011

HIKMAH BERZAKAT

1) Menyucikan Harta dan Rohani

  • Mendidik jiwa penyayang dalam sanubari insan
  • Mensyukuri atas nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T 
Firman Allah S.W.T dalam surah AT-Taubah 103

maksudnya :
Ambillah ( sebahagian ) dari harta mereka menjadi sedekah ( zakat ) supaya dengannya engkau membersihkan mereka ( dari dosa ) dan mensucikan mereka ( dari akhlak yang buruk ) dan doakanlah untuk mereka kerana sesungguhnya doamu itu ketenteraman bagi mereka. Dan ( ingatlah ) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui .

2) Eratkan jurang perbezaan

  • Jalin hubungan di antara orang kaya dan yang miskin. Wujudlah sifat kasih sayang dan suasana yang harmoni tanpa masalah.
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh mengerjakan sembahyang dan mengeluarkan zakat, mereka beroleh pahala di sisi tuhan mereka, tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berduka cita. " - Maksud surah Al-Baqarah: 227