Kongsikan Dengan Orang Lain

Sabda Nabi s.a.w

Sabda Nabi s.a.w:


Maksudnya:


"Ya, Apabila engkau menunaikannya (zakat) kepada wakilku (amil),engkau telah terlepas daripada tanggungan zakat. Engkau mendapat pahalanya, dan dosanya pula atas yang menyeleweng"


(Riwayat Ahmad)

Tuesday, 13 September 2011

Apakah Yang Di Namakan Zakat Wang Simpanan ?

TAKRIFAN


Wang yang disimpan dalam bentuk simpanan biasa, tetap,semasa saham, amanah serta lain-lain simpanan




Pengiraan Simpanan tidak tetap (keluar & masuk)


  • Berdasarkan baki terendah sesuatu akaun simpanan dalam tempoh setahun dan mencukupi nisab di sepanjang tempoh haul.   
  • Pemilikan beberapa akaun simpanan, baki terendah setiap akaun hendaklah dicampurkan dan didarab dengan 2.5% untuk mendapatkan jumlah zakat walaupun jika dikira tiap-tiap akaun atau salah satu daripada baki terendahnya tidak mencukupi nisab.
  • Jika dicampurkan kedua-dua baki terendah masih tidak mencukupi nisab, maka tidak wajib zakat


Nisab Wang Simpanan

  • Menyamai nilai semasa 85 gram emas.
  • Jika harga 1 gram emas ialah RM62.50, maka harga bagi 85 gram emas ialah RM5,300.00 iaitu jumlah nisab wang simpanan


Kadar Wajib Zakat



  • 1/40 atau 2.5% dari jumlah wang. Jika mempunyai wang simpanan sebanyak RM10,000.00 x 2.5 % = RM250.00
Pengiraan Simpanan Tetap

Simpana yang tidak dikeluarkan daripada sesuatu akaun dalam tempoh tertentu mengikut perjanjian yang dibuat antara penyimpan dan institusi kewangan.

Wajib dikeluarkan 2.5% daripada jumlah simpanan tetap tersebut setelah sempurna syaratnya
Contoh pengiraann: 

Khairul mempunyai simpanan tetap di bank A sebanyak RM50,000.00 tanpa dikeluarkan selama setahun.

Zakat yang perlu ditunaikan ialah: RM50,000.00 X 2.5%