Emas yang Tidak Dipakai
Emas dan perak yang disimpan atau perhiasan emas yang tidak dipakai. Iaitu yang disimpan dan tidak dipakai walaupun sekali dalam setahun.
Sekiranya cukup niasab 85 gram (emas) atau 595 gram (perak) maka wajib dikeluarkan zakatnya 2.5% atas nilai emas dan perak tersebut.
Contoh pengiraan:
Jika emas yang tidak dipakai bernilai RM6,000.00 (pada nilai semasa) zakat yang wajib dikeluarkan ialah:
RM6,000.00 X 2.5% = RM150.00
Emas yang dipakai
Emas yang dipakai sama ada sekali-sekala atau berterusan sepanjang tahun tidak dikenakan zakat KECUALI jika melebihi uruf (nilai pemakian setempat yang dibenarkan) maka diwajibkan zakat atas lebihan daripada uruf tersebut.