Kongsikan Dengan Orang Lain

Sabda Nabi s.a.w

Sabda Nabi s.a.w:


Maksudnya:


"Ya, Apabila engkau menunaikannya (zakat) kepada wakilku (amil),engkau telah terlepas daripada tanggungan zakat. Engkau mendapat pahalanya, dan dosanya pula atas yang menyeleweng"


(Riwayat Ahmad)

Tuesday, 20 September 2011

ZAKAT PERTANIAN

Takrifan


Bijirin ialah hasil tanaman yang menjadikan makanan utama sesebuah negeri, mengenyangkan dan tahan lama seperti padi, gandum, jagung, sekoi , kacang dan seumpamanya.



  • Buah-buahan ialah kurma dan anggur yang dikeringkan sahaja
  • Bagi Negara Malaysia, bijirin yang lazimnya ditanam dan dikeluarkan zakat ialah padi
  • Hasil pertanian seperti kelapa, kelapa sawit, kopi sayur-sayuran dan sebagainya tidak dikenakan zakat kecuali jika diperniagakan ia dikenakan zakat perniagaan.
  • Tidak disyaratkan sempurna haul. Sebagai syarat tambahan hendaklah ianya ditanam oleh manusia.


Waktu Berzakat

Setelah tanaman tersebut dipetik/dituai dan diproses sebagai contoh padi hendaklah diceraikan dari tangkainya dan dijemur.