Kongsikan Dengan Orang Lain

Sabda Nabi s.a.w

Sabda Nabi s.a.w:


Maksudnya:


"Ya, Apabila engkau menunaikannya (zakat) kepada wakilku (amil),engkau telah terlepas daripada tanggungan zakat. Engkau mendapat pahalanya, dan dosanya pula atas yang menyeleweng"


(Riwayat Ahmad)

Wednesday, 21 September 2011

Zakat TERNAKAN LEMBU, KAMBING dan UNTA

TERNAKAN YANG DIWAJIBKAN ZAKAT

  • Unta
  • Lembu / Kerbau
  • Kambing / biri-biri

SYARAT WAJIB

Selain daripada 5 syarat zakat, hendaklah haiwan itu:

  • Dipelihara di padang ternakan 
  • Tidak diguna untuk bekerja
Sifir Pengiraan Lembu


Nisab
Kadar Zakat
Jumlah
Jantina
Umur
30-39
1
1 Jantan @ 1 Betina
1 tahun
40-49
1
1 Betina
2 tahun
60-69
2
2 Jantan
1 tahun
70-79
2
1 Jantan & 1 Betina
1 & 2 tahun


#Setiap pertambahan 30 ekor = 1 tabi’ ( lembu jantan 1 tahun )

#Setiap pertambahan 40 ekor = 1 musinnah ( lembu betina 2 tahun )


Sifir Pengiraan Kambing


Nisab
Kadar Zakat
Jumlah
Jantina
Umur
40-120
1
Jantan / Betina
1 tahun
121-200
2
Jantan / Betina
1 tahun
201-300
3
Jantan / Betina
1 tahun
301-400
4
Jantan / Betina
1  tahun


#Bagi setiap penambahan 100 ekor kambing, zakatnya 1 ekor kambing jantan berumur Setahun

SIFIR ZAKAT UNTA



BILANGAN
KADAR WAJIB ZAKAT
5 - 9
1 ekor kambing jantan berumur 1 tahun
10 – 14
2 ekor kambing jantan berumur 1 tahun
15 - 19
3 ekor kambing jantan berumur 1 tahun
20 - 24
4 ekor kambing jantan berumur 1 tahun

#Bagi setiap penambahan 5 ekor unta, zakatnya 1 ekor kambing jantan berumur setahun











Tuesday, 20 September 2011

Nisab Bijirin dan Buah-Buahan

5 usuk iaitu bersamaan 363 gantang Malaysia atau 816.75 kilogram

1 tahil         = 37.5 gram
1 kati          = 600g = tahil
1 gantang    = 3 kati 12 tahil = 2.25 kg

KADAR WAJIB BERZAKAT


  • 5% atau 1/20 bagi tanaman yang diusahakan menggunakan keperluan dan kos seperti jentera dan saliran.
  • 10% atau 1/10 bagi tanaman yang diusahakan dengan bergantung kepada air hujan atau yang hidup dengan aliran air sungai semata-mata.

ZAKAT PERTANIAN

Takrifan


Bijirin ialah hasil tanaman yang menjadikan makanan utama sesebuah negeri, mengenyangkan dan tahan lama seperti padi, gandum, jagung, sekoi , kacang dan seumpamanya.



  • Buah-buahan ialah kurma dan anggur yang dikeringkan sahaja
  • Bagi Negara Malaysia, bijirin yang lazimnya ditanam dan dikeluarkan zakat ialah padi
  • Hasil pertanian seperti kelapa, kelapa sawit, kopi sayur-sayuran dan sebagainya tidak dikenakan zakat kecuali jika diperniagakan ia dikenakan zakat perniagaan.
  • Tidak disyaratkan sempurna haul. Sebagai syarat tambahan hendaklah ianya ditanam oleh manusia.


Waktu Berzakat

Setelah tanaman tersebut dipetik/dituai dan diproses sebagai contoh padi hendaklah diceraikan dari tangkainya dan dijemur.


Pengiraan Zakat Emas & Perak

Emas yang Tidak Dipakai


Emas dan perak yang disimpan atau perhiasan emas yang tidak dipakai. Iaitu yang disimpan dan tidak dipakai walaupun sekali dalam setahun.


Sekiranya cukup niasab 85 gram (emas) atau 595 gram (perak) maka wajib dikeluarkan zakatnya 2.5% atas nilai emas dan perak tersebut.


Contoh pengiraan:


Jika emas yang tidak dipakai bernilai RM6,000.00 (pada nilai semasa) zakat yang wajib dikeluarkan ialah: 
RM6,000.00 X 2.5% = RM150.00


Emas yang dipakai


Emas yang dipakai sama ada sekali-sekala atau berterusan sepanjang tahun tidak dikenakan zakat KECUALI jika melebihi uruf (nilai pemakian setempat yang dibenarkan) maka diwajibkan zakat atas lebihan daripada uruf tersebut.

Nisab Emas dan Perak

Emas = 20 misqal / 25 mayam 2.7108 saga / 85 gram


Perak = 200 dirham / 176 mayam 6.9732 saga / 595 gram

Thursday, 15 September 2011

Zakat EMAS & PERAK

TAKRIFAN


Maksud Emas dan Perak ialah yang berbentuk barang kemas untuk perhiasan atau kegunaan lain seperti jongkong emas, piala dan sebagainya yang dipamerkan.

Pengiraan Zakat SAHAM

Pertama : Saham Yang Disenaraikan

Contohnya: 
Amanah Saham Nasional (ASN),Amanah Saham Johor (ASJ) dan Saham di Bursa Saham

Formula Pengiraan:

Harga seunit belian semasa x jumlah unit saham yang dimiliki x 2.5% =  Jumlah Zakat


Kedua: Saham Yang Tidak Disenaraikan

Contohnya: 

Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Wawasan

Formula pengiraan:

Baki terendah x 2.5% Jumlah Zakat





Zakat SAHAM

Takrifan Zakat Saham


Wang yang dilabur di dalam syarikat atau perniagaan sebagai bukti pemilikan sesebuah perniagaan. Nisab dan kadar zakat saham adalah sama seperti zakat simpanan.











Tuesday, 13 September 2011

Kaedah Pengiraan Zakat Pendapatan

Iaitu pendapatan kasar setahun semasa ditolak dengan keperluan asas sebenar pada tahun semasa. Kiranya sama satu melebihi niasab maka dikeluarkan zakatnya 2.5%


Keperluan asas sebenar pada tahun semasa:


i.  Saraan-saraan hidup yang diperlukan bagi:
          a. Sara diri      -RM9,000.00
          b. Isteri              -RM3,000.00 x bilangan isteri 
          c. Anak              -RM1,000.00 x bilangan anak

ii.  Sumbangan kepada ibu bapa
iii. Perubatan
iv. Pendidikan

Contoh Pengiraan:

A. Pendapatan :

Gaji (RM3,000.00 x 12)                             :RM36,000.00
Elaun                                                      :RM  6,200.00
Bonus                                                     :RM  4,000.00
Jumlah pendapatan setahun                 :RM46,200.00


B. Perbelanjaan (penolakan)


Saraan diri                                                                    :RM 9,000.00
Isteri                                                                            :RM 3,000.00
Anak RM1,000.00 x 4 orang                                           :RM 4,000.00
Saraan ibu dan bapa RM200.00 x 12 bulan                      :RM 2,400.00
Jumlah penolakan setahun                                         :RM 20,800.00


Pendapatan (A) - Perbelanjaan (B)                             :RM25,400.00


Zakat = RM25,400.00 X 2.5%                                      :RM635.00 (setahun)
                                                                                 :RM53.00 (sebulan)

* Bayaran zakat pendapatan juga boleh dibuat tanpa membuat tolakan daripada tolakan-tolakan yang dibenarkan di atas.




Pengertian Zakat Pendapatan

Takrifan Gaji / Pendapatan


Gaji ialah bayaran yang dibuat atau diterima oleh seseorang sebagai upah kerja atau perkhidmatan yang dilakukan mengikut masa tertentu termasuk juga elaun dan imbuhan daripada apa-apa pekerjaan dan perkhidmatan profesional.

Apakah Yang Di Namakan Zakat Wang Simpanan ?

TAKRIFAN


Wang yang disimpan dalam bentuk simpanan biasa, tetap,semasa saham, amanah serta lain-lain simpanan




Pengiraan Simpanan tidak tetap (keluar & masuk)


  • Berdasarkan baki terendah sesuatu akaun simpanan dalam tempoh setahun dan mencukupi nisab di sepanjang tempoh haul.   
  • Pemilikan beberapa akaun simpanan, baki terendah setiap akaun hendaklah dicampurkan dan didarab dengan 2.5% untuk mendapatkan jumlah zakat walaupun jika dikira tiap-tiap akaun atau salah satu daripada baki terendahnya tidak mencukupi nisab.
  • Jika dicampurkan kedua-dua baki terendah masih tidak mencukupi nisab, maka tidak wajib zakat


Nisab Wang Simpanan

  • Menyamai nilai semasa 85 gram emas.
  • Jika harga 1 gram emas ialah RM62.50, maka harga bagi 85 gram emas ialah RM5,300.00 iaitu jumlah nisab wang simpanan


Kadar Wajib Zakat



  • 1/40 atau 2.5% dari jumlah wang. Jika mempunyai wang simpanan sebanyak RM10,000.00 x 2.5 % = RM250.00
Pengiraan Simpanan Tetap

Simpana yang tidak dikeluarkan daripada sesuatu akaun dalam tempoh tertentu mengikut perjanjian yang dibuat antara penyimpan dan institusi kewangan.

Wajib dikeluarkan 2.5% daripada jumlah simpanan tetap tersebut setelah sempurna syaratnya
Contoh pengiraann: 

Khairul mempunyai simpanan tetap di bank A sebanyak RM50,000.00 tanpa dikeluarkan selama setahun.

Zakat yang perlu ditunaikan ialah: RM50,000.00 X 2.5%

Apakah Syarat Wajib Zakat ?

  • Beragama Islam
  • Merdeka
  • Sempurna Milik 
  • Cukup Haul
  • Cukup Nisab

Apakah Harta Yang Diwajibkan Zakat ?

  • Wang Simpanan
  • Saham
  • Pendapatan
  • Emas & Perak
  • Perniagaan
  • Pertanian
  • Ternakan 
  • Rikaz / Galian

Monday, 12 September 2011

Friday, 9 September 2011

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN ZAKAT HARTA ?

Zakat Harta adalah mengeluarkan sesuatu kadar tertentu daripada harta tertentu diagihkan kepada golongan tertentu berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan


Zakat Harta terdiri daripada:



  • WANG SIMPANAN
  • EMAS
  • PENDAPATAN
  • PERNIAGAAN
  • GALIAN
  • TERNAKAN
  • TANAMAN / PERTANIAN
  • SAHAM


Ada Berapa Jenis Zakat Yang Diketahui ?

Zakat dalam Islam yang boleh ditunaikan adalah seperti berikut:


  • ZAKAT PENDAPATAN
  • ZAKAT WANG SIMPANAN
  • ZAKAT SAHAM
  • ZAKAT EMAS DAN PERAK 
  • ZAKAT PERTANIAN
  • ZAKAT RIKAZ DAN GALIAN

Apakah Maksud Zakat ?

Zakat diertikan umat sebagai sejenis cukai yang diwajibkan atas tiap-tiap orang Islam apabila cukup syarat-syaratnya (rukun Islam yang keempat)


ASNAF ZAKAT



“   Sesungguhnya sedekah ( Zakat ) itu hanyalah untuk orang-orang fakir , orang-orang miskin , amil –amil yang mengurusnya , orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya , hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya , orang-orang yang berhutang untuk jalan Allah  dan orang musafir ( yang keputusan ) dalam perjalanan . Ketetapan hukum yang demikian itu sebagai satu ketetapan yang datangnya dari Allah , dan ingatlah Allah Amat Mengetahui lagi Amat Bijaksana “

  Surah At-Taubah : 60

Ada 8 Asnaf zakat yang perlu diketahui iaitu:

1.  Fakir  
2.  Riqab
3.  Miskin  
4.  Gharim
5.  Amil (contohnya MAIJ URUS SDN BHD - amil zakat korporat  )
6.  Fisabilillah
7.  Muallaf  
8.  Ibnu Sabil